"SELAMAT DATANG KE BLOG INI. GUNAKANLAH IANYA UNTUK TUJUAN BERKONGSI PENGETAHUAN MEMBINA DAN POSITIF. ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENGGUNAKAN BLOG INI UNTUK TUJUAN MENGKRITIK DAN MENFITNAH MANA-MANA PIHAK SERTA MENYEBARKAN BERITA PALSU ATAU YANG BOLEH MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. BEGITU JUGA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU POLITIK TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIBINCANGKAN DALAM BLOG INI."

27 Mei 2009

INFO TEKNOLOGI MAKLUMAT

Salam sejahtera Semua..

Terima kasih atas perhatian anda terhadap laman ini. Setakat ini saya telah menerima lebih 10 e-mel yang mengatakan mereka pengguna baru di dalam penggunaan komputer, ada juga yang mengatakan mereka telah lama juga menggunakan komputer tetapi hanya boleh menggunakannya sahaja tanpa boleh melakukan maintance terhadap komputer.

Jadi terima kasih terhadap yang bertanya. Di antara soalan yang banyak ditanya ialah;

1. Kenapa komputer/laptop lambat nak start?
2. Kenapa Antivirus tidak dapat Scan dan kesan virus?
3. Kenapa Perisian MS Office 2007 susah digunakan berbanding MS Office 2003?

Untuk Soalan pertama yang melibatkan komputer lambat nak start. Senang sahaja, pastikan beberapa petua ini di ikuti, diantaranya ialah jangan membiarkan terlalu banyak startup yang automatik run bersama dengan window terutama yang melibatkan perisian yang untuk maintance komputer spt Registry Cleaner, booster, System Mechanic dan lain-lain. Memadailah kita hanya meletakkan Antivirus sahaja yang start bersama window yang lain kita boleh lakukan proses run nya melalui cara manual dan berkala contohnya sekali seminggu. Kedua jangan terlalu banyak ikon di letakkan di bahagian Desktop dan tidak melibatkan terlalu banyak grafik berwarna di desktop. Lakukan proses Clean Desktop bagi membersihkan ikon desktop yang jarang digunakan.

Soalan kedua kenapa Antivirus tidak dapat kesan virus. Ini kerana Antivirus anda jarang atau tidak pernah di Update. Di kedai, pasaran atau internet banyak antivirus boleh diperolehi. Pastikan antivirus anda sesuai dengan komputer anda supaya tidak menimbulkan masalah anda dalam menggunakanya. Kita selalu mendengar beberapa perisian antivirus kuat sehingga menyebabkan komputer anda berat dan bermasalah.

Untuk soalan ketiga, MS Office 2007 adalah menggunakan banyak petunjuk ikon dalam aplikasi, manakala MS Office 2003 lebih kepada aplikasi GUI menggunakan arahan ayat dalam Menu Barnya. Banyak aplikasi yang boleh mengelirukan anda. Jadi saranan saya lebih elok kita gunakan yang 2003 sahaja, jika kita masih baru dalam menggunakannya.

Bagi pengguna baru dalam internet, yang masih kurang faham berhubung menggunakan blog saya, boleh hantar pertanyaan anda menggunakan e-mel saya. Segala maklum balas akan saya nyatakan dalam blog saya.

Terima Kasih, Selamat Membaca. !